APA ITU SLE/LUPUS
Lupus atau SLE adalah suatu peradangan kronik dan penyakit autoimun. Pada pesakit lupus, sistem kekebalan yang pada awalnya direka untuk melindungi tubuh, berbalik melawan dirinya sendiri. Hal ini akan menyebabkan keradangan,dan keradangan kronik dari masa ke masa merosakkan organ dan tisu tubuh.
Walaupun lupus boleh mempengaruhi hampir semua bahgian dari tubuh, namun organ-organ yang banyak terkena adalah sendi, ginjal (buah pinggang), jantung, paru-paru, kulit, pembuluh darah, dan otak. Dari mereka yang didiagnosis, 80% adalah antara usia 15 dan 45 tahun.
Statistik kematian:
Adalah dianggarkan bahawa 97% dari pesakit akan bertahan selama lima tahun selepas diagnosis.
Dianggarkan juga bahawa 90% dari pesakit akan hidup sepuluh tahunselepas diagnosis.
Dianggarkan juga bahawa 90% dari pesakit akan hidup sepuluh tahunselepas diagnosis.
Kriteria lupus
Berikut terdapat sebelas kriteria yang digunakan dalam menentukan apakah seseorang menghidapi lupus. Jika seorang pesakit mempunyai empat atau lebih daripada gejala-gejala berkenaan, ia mungkin menghidapi lupus. Tidak ada satu ujian untuk Lupus dan agak sukar untuk mendiagnosis penyakit ini yang mungkin memakan masa.
1. Butterfly Rash – Ruam yang boleh menjangkau dari hidung ke pipi
2. Diskoid Rash – Ini adalah ruam yang tebal dan boleh meninggalkan bekas luka, terutama di daerah kulit terdedah kepada sinar matahari.
3. Photosensitiviy – Ini adalah ruam yang berlaku selepas terkena sinar matahari
4. Oral ulcers – ulcer ini boleh berlaku dalam hidung atau mulut dan biasanya berulang
5. Arthritis (Radang sendi) – Keradangan melibatkan bengkak
6. Serositis – Ini adalah suatu radang pada lapisan paru-paru dikenali sebagai Pleuritis (Radang selaput dada), atau,dikenali sebagaiPericarditis (peradangan pada selaput jantung).
7. Gangguan pada ginjal – Protein ditemui dalam air kencing atau enapan (sediments) yang ditemui dalam air kencing (ini boleh dilihat di bawah mikroskop)
8. Gangguan neurologi – Convulsions (kejang-kejang) atau Seizures (kejang pada otak) atau Psychosis (penyakit jiwa) yang berlaku pada keadaan tidak adanya ubat-ubatan yang diketahui menyebabkan keadaan ini
9. Kelainan dalam Darah – Hemolytic Anemia, Low White Blood Cell counts (kiraan sel darah putih rendah) atau Low Platelet counts (kiraan latlet darah rendah).
10. Immunologic Disorders – Ujian darah yang menunjukkan Lupus anitcoagulant, anti-DNA, Ujian positif syphilis tidak benar, Anti-Sm positif atau Antibodi antiphosholipid
11. Positif ANA (Antinuclear Antibodi) Ujian Darah.
ATASI SLE/Lupus bersama TRANSFER FACTOR
Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
Pn. Saleha Ahmad -ADMIN
012-2367487
pn.saleha.ahmad@gmail.com